Tumbuhan-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

HUTAN HUJAN TROPIKA

  1. Dikenali juga sebagai hutan hujan Khatulistiwa.
  2. Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung.
  3. Hutan hujan tropika adalah yang paling luas meliputi 60% kawasan Semenanjung Malaysia dan 75% kawasan Sabah dan Sarawak.
  4. Terdiri daripada empat lapisan yang utama.
  5. Pokok lurus, tegak, malar hijau dan berakar banir.
  6. Terdapat pokok kayu berharga seperti cengal, meranti, merbau dan keruing.
  7. Terdapat juga pokok paku pakis, buluh, rotan dan herba.
  8. Habitat hidupan liarnya dihuni oleh harimau, gajah, pelanduk, monyet dan ular.
pokok lurus




akar banir
pokok herba

    HUTAN PAYA BAKAU
    1. Hutan paya bakau tumbuh di kawasan muara berlumpur dan pinggir laut dan kerap ditenggelami air.
    2. Jenis-jenis pokok yang hidup di kawasan ini seperti pokok bakau, nipah, gelam, nibung dan paku pakis.
    3. Terdapat juga hidupan liar seperti burung, ular, ikan, ketam dan siput.





      HUTAN PAYA AIR TAWAR
      1. Terdapat di kawasan pendalaman bersaliran buruk dan bertakung air.
      2. Pokok-pokok di hutan air tawar seperti nipah, gelam,keladi air, mengkuang dan kempas.
      3. Terdapat hidupan liar seperti buaya, ular dan biawak.




        HUTAN PANTAI
        1. Tumbuh di kawasan pinggir laut yang berpasir.
        2. Tumbuh-tumbuhan di kawasan iniialah pokok ru, kelapa, mengkuang, dan semak samun.
        3. Habitat hidupan liar ialah ketam, siput dan serangga.




          HUTAN GUNUNG
          1. Tumbuh di kawasan ketinggian melebihi 1000 m.
          2. Hutan gunung sentiasa malar hijau.
          3. Hutan ini ditumbuhi oleh paku pakis, kulampair, pokok pain, oak, rafflesia, paku pakis gergasi.
          4. Habitat hidupan liar ialah tupai gunung, burung rajawali, ular pucuk dan siamang.



            Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi

            1. Bentuk Muka Bumi
            • Kawasan puncak gunung ditumbuhi lumut dan paku pakis.
            • Di kawasan cerun bukit pula terdapat pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berdaun tirus
            • Di kawasan tanah pamah ditumbuhi hutan hutan tropika.
            2. Iklim
            • Iklim mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
            • Suhu kira-kira 27 darjah celcius dan hujan sebanyak 2500 mm telah menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika.
            3. Tanah-tanih
            • Tanah gambut sesuai untuk hutan paya air tawar.
            • Tanah lumpur di kawasan air masin sesuai untuk pokok hutan paya bakau.
            • Tanah berpasir di pinggir pantai sesuai untuk pokok kelapa.
            • Tanah laterit sesuai untuk hutan gunung.
            4. Saliran
            • Di kawasan bersaliran baik tumbuh pokok seperti jelutung, penaga, tenusu dan kapur.
            • Di kawasan tanah pamah bersaliran buruk akan mewujudkan kawasan air bertakung.
            • Di kawasan ini terdapat tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti nipah dan mengkuang.
            Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi

            1. Flora dan fauna
            • tempat pembiakan flora dan fauna.
            • mengekalkan kesimbangan alam sekitar.
            • menggalakkan aktiviti pelancongan.
            • bahan penyelidikan oleh para penyelidik.
            2. Sumber perhutanan
            • menghasilkan kayu balak bermutu tinggi.
            • boleh dijadikan ceracak kelong.
            • bahan kraftangan.
            • sumber makanan dan perubatan tradisonal.
            3. Tempat perlindungan hidupan liar
            • habitat hidupan liar seperti hutan simpan dan taman negara.
            • binatang membiak dan tidak akan pupus.
            4. Tempat pembiakan hidupan laut
            • hutan paya air masin dapat memecahkan ombak dan mempertahankan arus air laut.
            • keadaan ini dapat melindungi haiwan seperti lokan, siput,ikan dan udang.
            • akar pokok bakau juga melindungi telur ikan dan ketam daripada serangan haiwan pemangsa lain.
            5. Kawasan tadahan hujan
            • kawasan hutan di kawasan tanah tinggi menjadi kawasan tadahan air hujan.
            • air hujan akan terkumpul dan membentuk alur.
            • alur-alur ini pula akan menghasilkan anak sungai.
            • air yang mengalir melalui sungai akan dirawat dan dibersihkan untuk kegunaan harian.
            6. Pencegahan hakisan
            • tumbuh-tumbuhan mengelak hakisan tanah berlaku.
            • akar-akar pokok mencengkam dan mengikat tanah daripada longgar.
            • tanah yang kukuh sukar dihakis oleh air hujan, ini mengawal aktiviti hakisan tanah.
            • pokok bakau menghalang hakisan ombak di kawasan pinngir pantai.