CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

Ciri Iklim di Khatulistiwa :

  1. Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
  2. Malaysia mengalami iklim panas dan lembab sepanjang tahun
  3. Unsur-unsur iklim adalah seperti suhu, angin dan hujan.
Suhu

  1. Suhu adalah darjah kepanasan udara. Suhu dibaca dengan jangka suhu dalam unit celcius atau fahrenheit.
  2. Purata suhu tahunan negara kita ialah 27 celcius.
  3. Bacaan suhu antara tanah pamah adalah berbeza-beza di semua kawasan.
  4. Bacaan suhu boleh direkodkan dalam graf garisan.
Angin

  1. Angin ialah kumpulan udara yang bergerak
  2. Arah tiupan angin boleh ditentukan dengan petunjuk arah angin dan kelajuan angin menggunakan anemometer.
  3. Malaysia menerima 3 jenis tiupan angin iaitu :
  • Angin Monsun Timur Laut - bertiup dari November hingga Mac
  • Angin Monsun Barat Daya - bertiup dari Mei hingga September
  • Angin Sumatera - bertiup dari Mei hingga Ogos dan menyebabkan hujan lebat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
Hujan
  1. Hujan terjadi apabila wap air naik ke udara. Titisan air yang halus dalam awan akan membentuk hujan.
  2. Malaysia menerima hujan lebat melebihi 2500 mm setahun.
  3. Malaysia mengalami 3 jenis hujan : hujan perolakan, hujan bukit dan hujan perenggan.
  4. Hujan disukat dengan menggunakan tolok hujan dalam unit milimeter (mm)
  5. Kawasan paling lebat menerima hujan - Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Larut.
  6. Kawasam paling kering ialah Jelebu, Negeri Sembilan.
Faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim.

1. Kedudukan
  • kedudukan kawasan yang hampir dengan garisan khatulistiwa
  • faktor ini menjadikan Malaysia mengalami keadaan yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  • semakin jauh dari kawasan khatulistiwa menyebabkan suhu semakin kurang.
2. Angin dan Hujan
  • arus kelautan - arus lautan panas akan meninggikan suhu manakala arus lautan sejuk merendahkan suhu
  • arah tiupan angin monsun - hujanlebat akan berlaku di kawasan menghadap angin yang bertiup dari laut.
3. Ketinggian

  • semakin tinggi sesuatu tempat suhunya semakin rendah kerana kurang mendapat haba pembalikan dari bumi.
  • Tanah Tinggi Cameron mengalami suhu 18 celcius dan Kuala Lumpur 27 celcius
4. Kepulauan
  • pulau ialah sebuah kawasan daratan yang dikelilingi oleh laut. Ia wujud akibat kenaikan dan kejatuhan aras laut.
  • suhu di pulau lebih rendah kerana disederhanakan oleh air.
  • kawasan yang jauh dari pinggir, suhunya akan lebih tinggi.