Pengaruh Iklim Terhadap Ekonomi Penduduk

Iklim yang panas dan lembab di Malaysia telah menyebabkan perkembangan kegiatan :

1. PERTANIAN

  • Malaysia menerima hujan yang lebat dan suhu yang tinggi sepanjang tahun
  • Keadaan ini telah membolehkan pelbagai jenis tanaman tropika ditanam seperti getah, kelapa sawit dan koko.
 tanaman padi
                                                                  penanaman getah

                                                            penanaman kelapa sawit
                                                              ladang teh
    2. PERIKANAN

    • Kegiatan perikanan juga dipengaruhi oleh iklim.
    • Nelayan di pantai barat Semenanjung dapat turun ke laut sepanjang tahun kerana laut tenang.
    • Nelayan di Pantai Timur tidak dapat turun ke laut pada musim tengkujuh semasa tiupan angin monsun timur laut.
    • Pada waktu ini, nelayan akan membaiki bot dan jala yang rosak di daratan.
                                                                          ikan dalam sangkar



      3. PELANCONGAN

      • Cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun menggalakkan perkembangan sektor pelancongan.
      • Cuaca yang panas membolehkan pelancong menikmati keindahan alam semula jadi, berkelah di pantai, mandi manda dan menikmati keindahan hidupan laut.




        4. PEMBALAKAN
        • Cuaca panas dan lembab sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika
        • Hutan ini kaya dengan pelbagai jenis pokok kayu keras berharga seperti cengal, keruing dan merbau.
        • Ini telah menggalakkan aktiviti membalak dijalankan.




          5. BENCANA ALAM
          • Unsur-unsur iklim seperti hujan, suhu dan angin boleh mendatangkan bencana alam.
          • Hujan lebat yang turun dalam satu jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kejadian banjir.
          • Kejadian banjir menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan dan kadang kala menyebabkan kehilangan nyawa.
          • Begitu juga dengan kejadian tiupan angin kencang boleh menyebabkan rumah rosak.
                                                                                       banjir
                                                                                 banjir
                                                                           tanah runtuh
                                                                             tanah runtuh
                                                                                  ribut
                                                                                ribut