BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

Tanah Tinggi dan Kepentingannya

  1. Terdiri daripada daratan, bukit, gunung dan banjaran.
  2. Bukit merupakan kawasan yang mempunyai ketinggian 300 meter daripada aras laut.
  3. Gunung pula mempunyai ketinggian melebihi 300 meter 
  4. Banjaran gunung ialah deretan gunung-ganang dan bukit bukau
  5. Tanah tinggi mempunyai bentuk muka bumi seperti puncak (bahagian paling tinggi), lurah atau lekukan antara dua puncak bukit dan lereng bahagian tepi bukit.
  6. Gunung yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara ialah Gunung Kinabalu (4101 m) terletak di Banjaran Crocker.
  7. Gunung Tahan (2187 m) ialah gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang terletak di banjaran Gunung Tahan.
  8. Banjaran gunung yang terpanjang ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia
  9. Kepentingan tanah tinggi di negara ialah :
  • menjana kuasa hidroelektrik - mempunyai sungai beraliran deras sesuai untuk membina empangan , cth : Empangan Chenderoh, Perak
  • kawasan pelancongan
  • kawasan pertanian - sesuai untuk penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan
Tanah Pamah dan Kepentingannya
  1. Terdiri daripada jaluran rendah dan beralun.
  2. Kawasan tanah pamah lebih luas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
  3. Terdapat sungai, tasik atau paya.
  4. Kepentingan tanah pamah ialah:
  • kawasan pertanian - tanah pamah sesuai ditanam getah, kelapa sawit dan padi. Cth:padi ditanam secara meluas di Dataran Kedah-Perlis
  • kawasan perindustrian - kilang mudah dibina dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Cth: kawasan Perindustrian Shah Alam, Bintulu dan Pasir Gudang.
  • pembinaan jaringan pengangkutan - lebuh raya, landasan kereta api, landasan monorel dan lapangan terbang
Sungai dan kepentinganya

  1. Aliran sungai bermula bermula dari kawasan tanah tinggi dan mengalir ke kawasan rendah
  2. Aliran sungai akan berakhir di laut dan ada juga ke tasik.
  3. Sungai Rajang - sungai terpanjang di Malaysia (563 km).
  4. Sungai Pahang terpanjang di Semenanjung Malaysia
  5. Kepentingan sungai ialah :
  • sumber pengairan - petani mendapat bekalan air dari empangan sungai. Cth: Sungai Muda, Kedah
  • sumber perikanan - sungai dan tasik dijadikan kawasan ternakan ikan. Cth: Penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Pahang dan Tasik Timah Tasah, Perlis.
  • sumber air - air sungai diempang dan disalurkan ke logi rawatan untuk dibersihkan. Cth: Empangan Klang Gate
  • jalan perhubungan - sungai utama dijadikan jalan perhubungan dan pengangkutan. Cth: Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dan Sungai Tembeling menjadi laluan untuk ke Taman Negara, Pahang.
Kepentingan Pinggir Laut dan Kepulauan

  1. Tanah rata yang menghadap ke laut.
  2. Pinggir laut yang terkenal menghadap Laut China Selatan ialah Pantai Cahaya Bulan, Pantai Desaru, Pantai Rantau Abang, Pantai Cherating dan lain-lain.
  3. Pantai yang terkenal menghadap Selat Melaka ialah Pantai Batu Feringgi, Pantai Port Dickson dan lain-lain.
  4. Ciri-ciri fizikal pinggir laut - teluk, pantai, beting pasir, tanjung, tebing tinggi dan pulau
  5. Kepentingan kawasan pinggir laut dan kepulauan :
  • kawasan pelancongan - pantai berpasir dan pulau yang indah dan jernih airnya.
  • tapak pelabuhan - pinggir laut yang dalam dan strategik sesuai dibina pelabuhan. Cth: Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Lumut
  • perikanan - pinggir laut yang panjang menggalakkan aktiviti menangkap ikan.